Samsung Galaxy A7 (2017)
Kali ni..kita tengok smartphone terbaru (antaranya) daripada Samsung. Mungkin ramai yang dah tau model terbaru 2017 ni...iaitu Samsung Galaxy A7 (2017), yang dilancarkan dalam bulan Januari 2017.
Samsung macam biasa la...laju ja bila keluarkan model smartphone baru...susah company lain nak kejar.
Berikut details Samsung Galaxy 7 nih... model ni guna screen besar bersaiz 5.7 inci (6 inci la tu) Super AMOLED (Active Matrix OLED) display dengan full HD (1080p). Sekarang ni banyak pengeluar gunakan teknologi display OLED, tapi bila sebut Super AMOLED..lagi hebat laa. AMOLED ni kebaikannya, proses penukaran pixel lagi cepat, jadi sangat-sangat sesuai untuk kaki video dan gaming.
Kamera lak guna 16-megapixel untuk belakang an depan. OK... kamera memang power. Walaupun ada jenama lain guna sampai 20 megapixel, tapi yang ni depan belakang guna megapixel yang sama...dah cukup jelas dah tu.
Model ni guna processor 1.9GHz octa-core.. octa-core atau 8-cores dalam...memang laju untuk proses data macam HD video, lagu, game dan edit gambar. Lagi pun, biasanya kita tak tau pun bila kita akan fully guna kemampuan prosessor ni..yang kita tau..sampai satu masa, nak play video pun slow...sure maki-maki punya..hihihi.
Samsung Galaxy A7 ni juga dipasang dengan 3GB memory dan internal memory 32GB...fuyoo..tak risau dah laa space cepat penuh. Whatapps saja dah berapa banyak gambar...tak kira Telegram lagi. Kena yang suka join group..lagi jenuh..gambar beribu. Lepas tu support external storage (kad SD) hingga 256GB. Untuk bateri lak, Model ni datang dengan bateri 3,600 mAh, bateri yang besar...jadi masa standby pun makin lama, masa bercakap pun lama, masa nonton video pun lama.
Ciri keselamatan lak..dilengkapi dengan fingerprint sensor kat depan. Lepas USB lak guna USB Type-C, jadi lagi canggih (agaknya la) daripada USB Type-B. Type-C ni lagi banyak device boleh attach.
Nak tengok full spec, klik sini >> full spec
No comments:
Post a Comment